Saturday, February 12, 2011

ungkapan rahsia hati 2

selalu benar kau manjakan matamu melihat keindahan,
kelak kau mudah menjadi lupa...
selalukanlah memujuk matamu memandang kedaifan
kelak kau akan menjadi pengingat...
sahabat...
bila kau letih dan hilang rasa semangat,
ketahuilah Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya...
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah tahu mengira setiap titisan air matamu..
bila kau mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian..
bila tiada bererti buatmu,
keliru dan kecewa..
ketahuilah bahawa Allah jawapannya..
di mana tempat segala penyelesaian bagi segala persoalan...

No comments:

Post a Comment